TINJAUAN KEBERKESANAN PROGRAM SPIKEM DI UPTM TERHADAP KEFAHAMAN NILAI IHSAN MAHASISWA DALAM PENGUKUHAN MALAYSIA MADANI
ANALYSIS ON THE EFFECTIVENESS OF THE IMPLEMENTATION SPIKEM PROGRAMME AT UPTM FOR STUDENTS IN STRENGTHENING MALAYSIA MADANI
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.314الكلمات المفتاحية:
Keberkesanan, program SPIKEM, UPTM, mahasiswa, Malaysia Madaniالملخص
ABSTRAK
Dalam mencapai kehidupan yang lebih berkualiti dan dan bersahsiah tinggi khususnya ke atas Mahasiswa yang bakal menjadi generasi pelapis negara, fahaman terhadap nilai Ihsan merupakan salah satu rukun yang terdapat dalam Malaysia Madani, wajar diketengahkan. Permasalahan gejala sosial, salah laku di kampus, pergaulan bebas, gengsterisme dan lain-lain merupakan salah satu punca pengabaian nilai Ihsan ini diterapkan ke atas mereka. Tanggal 28 Febuary 2024 YADIM dengan usahasama bersama UPTM (Universiti Poly-Tech Malaysia) telah melaksanakan satu program Seminar Peradaban Islam dalam Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) yang mengangkat tema Ihsan iaitu Melestari Nilai Ihsan Bagi Pembangunan Modal Insan Masyarakat Madani. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penghayatan mahasiswa di Institusi pengajian tinggi dalam menghayati nilai Ihsan bagi pengukuhan ketamadunan Malaysia Madani. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan mahasiswa yang menyertai program ini dari aspek; Urusetia, Infrastruktur, Masa, Pengisian, Penyampaian Penceramah dan Kefahaman nilai Ihsan terhadap Mahasiswa. Kajian ini menggunakan Campuran Metod iaitu kuantitatif melalui kajian survey yang dijalankan (Google Form) terhadap 158 peserta dari kalangan mahasiswa serta kualitatif melalui komen dan cadangan yang dikemukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa sebahagian besar mahasiswa bersetuju dan sebahagiaan besar peserta memberikan maklumbalas yang baik dari aspek yang diketengahkan dalam kajian ini. Maklumbalas dikenalpasti melalui markah yang diberikan mengikuti skala dari 1 markah hingga 5 markah. Selain itu, hasil dapatan juga diperolehi daripada beberapa cadangan penambahbaikkan yang diutarakan melalui komen dan ulasan peserta iaitu berkenaan perancangan program, lokasi dan kemudahan, penglibatan pelajar secara aktif, integrasi teknologi dan kaedah interaktif, keperluan asas dan kebajikan peserta serta ketiadaan maklum balas.
التنزيلات
المراجع
Abdullah, N. S. N., Maamor, S., & Abd Wahab, N. (2021). Tahap Kecenderungan Mahasiswa Menyertai Program Pembangunan Kerohanian. e-BANGI, 18(1), 215-231.
Abu Bakar, N. (2023). Pemerkasaan Islam sosial untuk peradaban madani. eJournal UPSI. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MUNSYI/article/view/8728
Anwar Ibrahim. (2023). Membangun Negara Madani Visi dan Kerangka Dasar Reformasi. IDE Research Centre Sdn. Bhd.
https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/buku/2023/ogos/E-BOOK_MEMBANGUN_NEGARA_MADANI.pdf
Jalil, M. A., & Ramli, M. A. (2021). Integrasi nilai ketamadunan dalam pengajaran TITAS di UTM. Sains Humanika, 13(3), 45–55. https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/958
Normadiana Binti Mohammad Hanapi, Norizah Bt Omar, Mohammad Mokhtar B Samat, Mohd Mawardi B Mohd Kama
Mohd Noh, N., & Azhar, N. (2021). Kefahaman dan pengamalan nilai-nilai murni melalui kursus Penghayatan Etika dan Peradaban dalam kalangan pelajar Politeknik Mersing. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/390119130
Othman, N. S., Zabidi, M. M., & Burhan, N. M. (2023). Kerangka Konsep Ihsan dalam Pembangunan Afektif Mahasiswa. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 9(1), 76-89.
Ranita Manap, Norziah Othman, Siti Nurashidah Roslan, Khairunnisa Ismail & Aimi Fadzirul Kamarubahrin (2018)
Rohayu Yusoff, Badriah Nordin & Fauziah Tengah. 2021. Kesihatan Mental Golongan Remaja Menurut Maqasid Syariah. Jurnal YADIM, 1(2), 75-90. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v1i2.62
Siren, N. R., Esa, M., & Hassan, J. (2024). Pelaksanaan dan penerimaan Program YADIM Peduli dalam melestarikan bantuan kemanusiaan. Jurnal YADIM, 4(1), 52–75. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.182
Sharifah Nooraida Wan Hasan, dan Sharifah Fatimah Wan Jamel. 2011. Tinjauan keperluan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, 10, 1-13.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). (2023). SPIKEM di UiTM Shah Alam dan UPM: Seminar Peradaban Islam dalam Ketamadunan Malaysia. https://www.yadim.com.my/v2/spikem-di-uitm-shah-alam/
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). (2022). Pelan Strategik YADIM 2022–2024. Putrajaya: YADIM.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). (2021). Laporan Tahunan YADIM 2021. Putrajaya: YADIM.
Zainuddin, M., & Ismail, S. H. B. (2023). Aduan Awam: Hubungkaitnya dengan Perkhidmatan Layanan, Kepuasan dan Piagam Pelanggan di Agensi Islam: Public Complaint: Its Relationship With Customer Service, Customer Satisfaction and Client Charter at Muslim Agency. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 3(1), 137-158.
Zakaria, N. D., & Azahari, R. (2022). Menghayati nilai Iman, Islam dan Ihsan dalam mendepani cabaran kontemporari. Ar-Rā’Iq, 5(1), 20-74.
التنزيلات
منشور
إصدار
القسم
الرخصة
الحقوق الفكرية (c) 2026 International Journal of Islam and Contemporary Affairs

هذا العمل مرخص بموجب Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.








