PENJAGAAN DALAM PANTANG WANITA MELAYU: SUATU SOROTAN AWAL
CARE IN MALAY WOMEN'S CONSTITUTION: AN INITIAL HIGHLIGHT
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v4.211Kata kunci:
Kata Kunci: Pantang, Wanita Melayu, Amalan.Abstrak
Penjagaan dalam pantang merupakan amalan tradisional yang sangat penting dalam budaya Melayu, yang bertujuan memastikan kesihatan dan kesejahteraan ibu selepas bersalin. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik dan menyusun semula maklumat mengenai amalan penjagaan dalam pantang dari perspektif budaya Melayu. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis amalan-amalan utama dalam penjagaan pantang, memahami peranan adat resam serta kepercayaan dalam amalan ini, dan menilai kesan sosial dan psikologi kepada ibu-ibu yang mengamalkannya. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen sebagai kaedah utama. Sumber-sumber yang dianalisis termasuklah artikel jurnal yang berkaitan dengan amalan penjagaan dalam pantang dalam budaya Melayu. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama dan corak dalam amalan penjagaan pantang. Penekanan diberikan kepada peranan adat resam, amalan pemakanan, penjagaan diri, serta sokongan sosial dalam proses pemulihan ibu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penjagaan dalam pantang melibatkan beberapa elemen utama, termasuk pantang larang makanan, penggunaan herba tradisional, dan penjagaan kebersihan diri. Amalan ini berfungsi bukan hanya untuk pemulihan fizikal tetapi juga untuk kesejahteraan emosional ibu. Peranan adat resam dan kepercayaan budaya memainkan fungsi penting dalam memberikan sokongan moral dan psikologi kepada ibu. Kajian ini juga mendapati bahawa amalan tradisional ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian dalam konteks moden, namun masih kekal sebagai elemen penting dalam budaya Melayu. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai nilai dan kepentingan penjagaan dalam pantang dalam masyarakat Melayu serta menyumbang kepada pemeliharaan budaya yang berharga ini.
Muat turun
Rujukan
Aishah @ Eshah Haji Mohamed & Abd. Aziz Hj. Bidin (2012). Penjagaan Kesihatan Wanita Semasa Dalam Pantang: Amalan Dan Kepercayaan. Geografia OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space, 8(7) : 20-31.
Ani Hj. Omar (2014). Pantang larang dalam kalangan melayu : analisis dari perspektif teori SPB4K. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7(1) : 76-94.
Chemaline Anak Osup (2016). Melahirkan Anak Dan Ritual Di Peringkat Awal Bayi Dalam Masyarakat Iban Di Sarawak. Jurnal Peradaban Melayu, 11 : 1-10
Dennis C-L, Fung K, Grigoriadis S, Robinson GE, Romans S, Ross L (2007). Traditional Postnatal Practices and Rituals: A Qualitative Systematic Review. Journal of Women's Health, 3(4) : 487–502.
Haljuliza Fasari P (2019). Akulturasi dalam Tradisi Kelahiran Orang Melayu Palembang. Medina-Te : Jurnal Studi Islam, 15 (2) : 247-265.
Hamidah Abdul Wahab (2013). Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 1(1) : 89-97.
Is Fadhillah (2018). Perilaku Ibu Nifas Tentang Pantang Makan Di Desa Ngebrak Kecamatan Gampengrejo Kabupaten Kediri. Jurnal Keperawatan, 9 (2) : 100-108.
Lisawati, Isjoni & Kamaruddin Oemar (2017). Pantang Larang Adat Bersalin Masyarakat Melayu Pada Tahun 1992 – 2011 (Studi Kasus Desa Pesisir Timur Kecamatan Siantan Kabupaten Kepulauan Anambas). Jurnal Online Mahasiswa (JOM) Bidang Keguruan dan Ilmu Pendidikan, 4(1) : 1-12.
Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (2018). Pemuliharaan Warisan Budaya Melalui Perundanganwarisan Dan Agensi Pelaksana Di Malaysia. Jurnal Melayu, 17(2) : 143-159
Noor Hasimah M Yacob, Nor Hawani Wan Abdul Rahman, Yuzainizam Yusop & Sabariah Jamaluddin (2015). Pantang Larang Tradisional Di Kalangan Masyarakat Melayu. KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni, UiTM Cawangan Pahang.
Norizan Sajar, Arba’iyah Ab. Aziz & Asliza binti Aris (2015). Reka Bentuk Bengkung Alam Melayu. ICOMHAC2015 eproceedings, 318-328. 16-17 Disember 2015.
Nur Diyana Zamani & Hasmidar Hassan (2018). Bahasa Pantang Larang Masyarakat Melayu Dan Hubungannya Dengan Prinsip Relevans Kognitif Dan Prinsip Relevans Komunikatif. Jurnal Pengajian Melayu (Journal of Malay Studies), 29 (1) 2018 : 118-155.
Nuriah Arma, Novitri A Sipayung, Mila Syari & Novy Ramini (2020). Pantang Makanan Terhadap Lamanya Penyembuhan Luka Perineum Pada Ibu Nifas. JIK (Jurnal Ilmu Kesehatan), 4 (2) : 95-100.
Nurul Maghfirah & Halimatussakdiah (2022). Bagaimanakah Pola Dan Perilaku Makan, Budaya Pantangan Dan Pengetahuan Berpengaruh Pada Penyembuhan Luka Episiotomi?. Jurnal Keperawatan, 14(2) : 548-556.
Puteri Ayu & Rubiati Hipni (2020). Pengetahuan Pantang Makan pada Ibu Postpartum di Kabupaten Tanah Laut, Provinsi Kalimantan Selatan. Jurnal Kebidanan Bestari, 2(1) : 62-72.
Salmah Omar, Rafidah Mohamad Cusairi, Shariffah Suraya Syed Jamaludin & Philip Lepun (2018). Penjagaan kesihatan wanita Siam semasa mengandung dan selepas bersalin: Amalan dan Kepercayaan. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018 (PASAK3). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 23-24 April 2018.
Sarkar J., Konwar G., Das LK (2014). Assessment of Knowledge and Practice Regarding Postnatal Exercises Among Mothers Admitted in Postnatal Ward in Gauhati Medical College and Hospital. Journal Of Obstetrics & Gynaecology Barpeta, 1(1) : 52-56.
Zaidan Abd al-Karim (1976). Usul al-Fiqh. Baghdad : Mu’assasah Qurtuba.
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2024 International Journal of Islam and Contemporary Affairs

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.








