UNSUR KEPIMPINAN DAN DAKWAH DALAM HIKAYAT SULALATUS SALATIN: ANALISIS NILAI DAN PERANAN DALAM PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU ISLAM
ELEMENTS OF LEADERSHIP AND DA'WAH IN THE HIKAYAT SULALATUS SALATIN: AN ANALYSIS OF VALUES AND ROLES IN THE FORMATION OF THE MALAY-ISLAMIC CIVILIZATION
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v6.250الكلمات المفتاحية:
Sulalatus Salatin, kepimpinan Islam, dakwah, tamadun Melayu-Islam, kesusasteraan tradisional, analisis kandungan.الملخص
Artikel ini meneliti unsur kepimpinan dan dakwah dalam Sulalatus Salatin, sebuah teks agung kesusasteraan Melayu yang berperanan penting dalam pembentukan pemikiran politik dan peradaban Islam di Alam Melayu. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap teks edisi kritikal suntingan Muhammad Haji Salleh (1997), dengan sokongan rujukan sekunder daripada sumber ilmiah tempatan dan antarabangsa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Sulalatus Salatin memaparkan ciri-ciri kepimpinan berteraskan nilai Islam seperti keadilan, amanah, hikmah, akhlak mulia dan spiritualiti, yang ditampilkan menerusi tokoh seperti Sultan Alauddin Riayat Shah dan Bendahara Tun Perak. Unsur dakwah pula dizahirkan melalui proses Islamisasi istana, pengaruh ulama, hubungan diplomatik, serta penggunaan istilah dan sistem pentadbiran Islam. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang erat antara kepimpinan dan dakwah dalam teks tersebut, di mana kedua-duanya berfungsi serentak dalam membina identiti dan tamadun Melayu-Islam. Oleh itu, Sulalatus Salatin bukan sahaja berfungsi sebagai teks sejarah, tetapi turut menjadi model kepimpinan dan dakwah yang relevan untuk diaplikasikan dalam konteks kepimpinan kontemporari berasaskan nilai Islam.
Kata Kunci: Sulalatus Salatin, kepimpinan Islam, dakwah, tamadun Melayu-Islam, kesusasteraan tradisional, analisis kandungan.
التنزيلات
المراجع
Abdullah, Z., & Mahmud, W. M. A. W. (2020). Kepimpinan spiritual dalam karya sastera tradisional Melayu. Jurnal Tamadun Islam dan Tamadun Asia, 17(2), 74–88.
Abdul Malik, & Ali, A. H. (2021). Ciri-ciri bijaksana Bendahara Tun Perak dalam pembentukan model kepimpinan berintegriti. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(1), 26–39.
Borhan, Z. A. (2023). Waad, wasiat dan nasihat dalam Sulalat al-Salatin: Iktibar untuk kepimpinan Melayu. Jurnal Kepimpinan Melayu, 15(1), 45–60.
Faridah, S., & Bazrul, B. (2020). Sulalatus Salatin sebagai medium mendidik nilai murni. Rumpun: Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu, 5, 213–232.
Ibrahim, M. Y. (2008). Tun Perak: Pencetus wawasan empayar Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leong Abdullah, S. F., Zakaria, N., & Mohamad Hanapi, M. H. (2023). Leaderships of leaders in Sulalatus Salatin text. European Proceedings of Educational Sciences, 27, 302–310.
Milner, A. (2002). The Malays. Wiley-Blackwell.
Mohd Yusof, M. R. (2019). Islamisasi bahasa dan pemikiran dalam kesusasteraan Melayu. Jurnal Usuluddin, 49(2), 111–125.
Muhammad Haji Salleh. (Ed.). (1997). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Anita, M. N., & Norazimah, Z. (2018). Mythology in Sulalatus Salatin: A moral responsibility in fulfilling the king’s vision. International Journal of Malay-Nusantara Studies, 1(1), 1–10.
Siti Rohaya, A. R., & Azman, A. A. (2022). Kepimpinan raja dalam Sulalatus Salatin: Analisis nilai dan akhlak. Jurnal Peradaban Melayu, 18(1), 35–50.
Zakaria, N., Mohamad Hanapi, M. H., & Leong Abdullah, S. F. (2021). Akhlak pemimpin berdasarkan teks Sulalatus Salatin. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 4(14), 16–27.
التنزيلات
منشور
إصدار
القسم
الرخصة
الحقوق الفكرية (c) 2026 International Journal of Islam and Contemporary Affairs

هذا العمل مرخص بموجب Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.








