PENGURUSAN DAN PENERAPAN ELEMEN DAKWAH TERHADAP PESAKIT DIALISIS
THE MANAGEMENT AND APPLICATION OF DA’WAH ELEMENTS AMONG DIALYSIS PATIENTS
DOI:
https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v5.289الكلمات المفتاحية:
Da’wah elements, Management, Patients, Dialysis, Da’wah friendlyالملخص
Kajian ini meneliti penerapan elemen dakwah dalam pengurusan pesakit dialisis di Pusat Rawatan Dialisis Islah (PRDI) sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang holistik dan mesra ibadah. Peningkatan jumlah pesakit dialisis di Malaysia telah mencetuskan keperluan untuk menyediakan model pengurusan yang tidak hanya fokus kepada aspek perubatan, tetapi juga mengambil kira keperluan spiritual pesakit. Kajian ini menyentuh isu seperti kos rawatan yang tinggi, tekanan emosi pesakit serta kekurangan elemen dakwah dalam pusat rawatan sedia ada. Metodologi penyelidikan menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual berstruktur melibatkan tujuh informan termasuk pengurusan dan pesakit di PRDI. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti elemen-elemen utama dalam pengurusan pesakit dialisis yang menekankan kepada aspek mesra dakwah. Dapatan menunjukkan bahawa menyediakan fasiliti seperti ruang solat, debu tayamum, sokongan kaunseling rohani dan aktiviti keagamaan berkala yang membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan spiritual pesakit dialisis. Kajian ini menegaskan bahawa pengurusan kesihatan yang mengintegrasikan elemen dakwah mampu meningkatkan pengalaman pesakit, membantu proses penyembuhan dan memberikan model kepada institusi lain dalam sektor kesihatan. Implikasi kajian ini menyeru kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM dan JAIN untuk memperluaskan konsep pusat rawatan dialisis mesra dakwah bagi menyokong keperluan masyarakat Madani di Malaysia secara lebih menyeluruh.
التنزيلات
المراجع
Ahmad Puhad Alim & & Siti Roddiah Abdullah. 2010. Audit pengurusan masjid: kajian di Daerah Pasir Puteh Kelantan. Journal Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository, 1(7).
Braun, V., & Clarke, V. 2006. Using Thematic Analysis in Psychology: Qualitative Research In Psychology, 3 (2), 77-101.
Hammad Mohamad Dahalan, Mohd Zulkifli Awang & Mustafa Afifi Ab Halim. 2019. Konsep Hospital Mesra Ibadah: Pengenalan Produk Kepenggunaan Perkhidmatan Kesihatan Di Malaysia. Kertas Kerja di 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference.
Hammad Mohamad Dahalan, Sharifah Hana Abd Rahman, Zaini Yusnita Mat Jusoh, Mashitah Nabees Khan & Mohd Zulkifli Awang. 2018. Pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah di Konsortium Hospital Islam Malaysia (KHIM): Satu Kajian Literatur. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah: KUIS.
Hamzah Jusoh & Habibah Ahmad. 2009. Keefisienan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan di wilayah bandaraya Kuala Lumpur: Perspektif Komuniti. Malaysian Geografia Online. Journal Of Society and Space. 5 Issue 1 (54-68).
Hospital Pakar Al-Islam. 2014. Hospital Mesra Ibadah Hospital Pakar Al-Islam. Kuala Lumpur: Hospital Pakar Al-Islam.
Ishak Masud. 2016. Ibadah Friendly Hospital (IFH). In Outline: Ibadah Friendly Hospitals. Hospital Pakar Al-Islam: Kuala Lumpur.
Ishak Masud. 2016. Ibadah Friendly Hospital (IFH). In Outline: Ibadah Friendly Hospitals. Hospital Pakar Al-Islam: Kuala Lumpur.
Mohd Zainuddin Abu Bakar, Muhammad Faisal Ashaari, Siti Jamiaah Abdul Jalil & Norhisham Muhammad. 2020. Bimbingan Spiritual di Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Malaysia: Kajian Kes. Borneo International Journal of Islamic Studies, 3 (1).
Muhammad Faisal Ashaari, et. al. 2020. Pendekatan Dakwah di Hospital Membimbing Kerohanian Pesakit. Jurnal Hadhari 12 (2) (2020) 107-126.
Othman Lebar. 2014. Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metode. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Salim Samsudin. 2005. Bimbingan Rohani Pasien Upaya Mensinergisitaskan Layanan Spiritual Di Rumah Sakit. Semarang: Pustaka Belajar. Sistem Layanan Rohani Islam Di Rumah Sakit. Konseling Religi: Jurnal Konseling Islam.
Sharifah Hamzah & Norhanaza Mohd Yunos. Rukhsah Ibadah Solat dan Prasarana Pusat Hemodialisis Mesra Ibadah: Satu Penilitian Kajian Kualitatif. International Conference on Syariah & Law 2023 (ICONSYAL 2023), 15 November.
Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin & Hairunnizam Wahid. 2018. Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian Terhadap Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2018. Bangi: Penerbit UKM.
Taylor, SJ & Bogdan, R. 1984. Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. Toronto: John Wiley and Sons.
Zakiah Jamaluddin. 2005. Kepuasan terhadap perumahan dan sistem perumahan berkonsepkan Islam. Sekolah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia.








