AMANAH DALAM PEKERJAAN MENURUT TAFSIR AL-TABARI

Trustworthiness in Job According to Tafsir Al-Tabari


  • Total Views: 1884 Total Downloads: 2182
  • المؤلفون

    • Muhammad Yusry Affandy Md Isa Universiti Sains Islam Malaysia

    DOI:

    https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v1i2.61

    الكلمات المفتاحية:

    Amanah، pekerjaan، tafsir، al-Tabari

    الملخص

    Amanah adalah nilai yang penting dalam sesuatu amalan kerja. Islam telah mewajibkan nilai ini meskipun melibatkan urusan kerja sesama manusia. Artikel ini menampilkan penekanan amanah dalam Islam berasaskan lapan teks ayat al- Quran dan pentafsiran al-Quran yang dikemukakan Ibn Jarir al-Tabari. Beliau iaitu Abu Ja‘far Muhammad bin Jarir al-Tabari telah menghasilkan Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an yang turut dikenali sebagai Tafsir al-Tabari merupakan antara karya tafsir terawal dan bersifat ma’thur. Dalam dunia pekerjaan, masalah integriti sering berlaku. Setiap umat Islam harus sedar bahawa integriti adalah prinsip al-Quran yang tidak patut diabaikan. Kajian ini penting untuk dijadikan garis panduan integriti kerja individu Muslim terutamanya di Malaysia dan seterusnya menatijahkan kerja yang diredai Allah lagi bermutu positif. Kajian  ini mengaplikasikan kaedah penganalisisan data termasuk kaedah deduktif dan deskriptif yang digunakan untuk mendapatkan ayat-ayat amanah dalam al- Quran al-Karim dan menghuraikan fakta-fakta pentafsiran dalam karya Tafsir al-Tabari. Selanjutnya, data dianalisis bagi mendapatkan rumusan tentang aspek penekanan amanah dalam konteks amalan kerja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun pentafsiran bercorak al-mat’hur di bawah pengaruh bahan ilmiah klasik, namun pentafsiran amanah sentiasa relevan dan bersesuaian untuk ditekankan dalam dunia pekerjaan sepanjang zaman. Islam amat mewajibkan perilaku amanah bagi menjayakan urusan kerja sesama manusia seiring dalam misi melaksanakan amanah daripada Allah SW.T. Rumusan paling penting ialah setiap ayat amanah yang ditafsirkan al-Tabari mempunyai pertalian erat dengan dunia pekerjaan. Amanah terbahagi kepada dua bahagian iaitu amanah daripada Allah SWT dan amanah sesama manusia. Dalam menjiwai amanah, seseorang Muslim perlu memahami bahawa Allah SWT telah menurunkan mesej amanah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Kewajipan ini dapat dilaksana dengan kompetensi positif dalam diri pemimpin atau pekerja bawahan.

    التنزيلات

    تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

    المراجع

    Al-Quran al-Karim

    Ali Yusuf Ali. 1989. Silsilah Ulama Tafsir. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Angela Baron & Michael Armstrong. 2010. Pengurusan Modal Insan. Kuala

    Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

    Auni Haji Abdullah. 2000. Hisbah dan Pentadbiran Negara. Kuala Lumpur:

    IKDAS Sdn. Bhd.

    Al-Dawudi, Muhammad bin ‘Ali. t.t. Tabaqat al-Mufassirin. Beirut: Dar al-Kutub

    al-‘Ilmiyyah.

    Al-Dhahabi, Muhammad Husain. 2005. al-Tafsir wa al-Mufassirun. Misr: Maktabah al-Qahirah.

    Al-Hamawi, Abu Abdillah Yaqut bin Abdillah. 1997. Mu’jam al-Udaba. Beirut:

    Muassasah al-Ma’arif.

    Al-Nawawi, Mahy al-Din Yahya b. Sharaf. t.t.. Sahih Muslim bi Sharh al-

    Nawawi. Qahirah: Dar al-Hadith.

    Al-Qurtubi, Abi ‘Abd-Allah Muhammad bin Ahmad. 2006. Al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Beirut-Lubnan: Muassasah al-Risalah.

    Al-Tabari, Abu Ja‘far Muhammad Ibn Jarir. 2009. Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay

    al-Qur’an. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.

    Al-Zahabi, Muhammad Husain, Dr. 2005. Al-Tafsir al-Mufassirun. Qahirah: Dar

    al-Hadith.

    Al-Zuhaili, Wahbah. 1998. al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Shari‘ah wa

    al-Manhaj. Beirut: Dar al-Fikr.

    Dewan Bahasa dan Pustaka. 2021. Kepercayaan. http://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=kepercayaan = 23 Februari 2021.

    Elliot, R.F. 1991. Labor Economics. Maidenhead: McGraw-hill.

    Ibn Kathir, Abu al-Fida’ Isma’il bin ‘Umar. 2000. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Beirut-Lubnan: Dar Ibn Hazm.

    Jamal al-Din Muhammad b. Mukarram b. Manzur. 2003. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Sadir.

    Metcalfe, B.D. 2007. Gender and Human Resource Management in the Middle

    East. International Journal of Human Resourse Management.

    Mohd. Radzi Othman & Ghafarullahuddin Din. 2005. Ekonomi Dalam Perspektif al-Qur›an dan al-Sunnah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

    Mudawi Ma’arif. 2019. Penafsiran Qiraah Ganda. Tesis doktor falsafah.

    Surabaya: Universitas Islam Negeri Sunan Ampel.

    Muhammad ‘Ali Baighun. 2000. Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibn ‘Abbas. Beirut-

    Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

    Mufti Muhammad Taqi Usmani & Shakir Rizwani (terj.). 1995. Islam Awr Jiddat

    Pasandi. Islam andmodenisme. Lahore: Idara-e-Islamiat.

    Muhammad Amhazun. 1999. Fitnah Kubro: Tragedi pada Masa Sahabat- Kalrifikasi Sikap serta Analisis Historis dalam Perspektif Ahli Hadits dan Imam al-Thabary. Daud Rasyid (terj.). Cet I, Jakarta: LP2SI Al-Haramain.

    Sahlawati Abu Bakar, Mariam Abd. Majid & Nurzatil Ismah Azizan. Kepentingan Sifat Amanah: Analisis Tematik Dalam Al-Quran. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (IRSYAD 2017). Selangor: Kolej Universiti Islam Selangor.

    Sarimah Hanim Aman Shah. 2006. Ekonomi dari Perspektif Islam. Selangor:

    Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Sidek Mohd Noh. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.

    Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

    Syeikh Abdullah Basmeih. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur: Dar al-Fikir.

    منشور

    2021-12-21

    كيفية الاقتباس

    Md Isa, M. Y. A. (2021). AMANAH DALAM PEKERJAAN MENURUT TAFSIR AL-TABARI: Trustworthiness in Job According to Tafsir Al-Tabari. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 1(2), 58-74. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v1i2.61